welcome to my blog..

selamat datang ke blog fateen fateehah. . .

Monday, March 12, 2012

semakin hampir

wah , berdebar ! 
gila la weyh final exam dah semakin dekat kot . 
serius , aku belum ready nak masuk dewan exam . 
sem nie sangat pendek . sangat pendek berbanding aku sem 2 dulu ! 
aku sendiri tataw apa aku belajar setelah hampir empat bulan aku kat sini . 
baru hari nie aku sedar , yg aku sem 4 . HAHA *nampak benar tipunya*
sem nie tade masa sangat nak study kot . asyik dgn lab report memanjang . masa tidur aku ta menentu . jerawat tumbuh kat setiap inci muka aku niehh . OMG ! 
okay , aku kena steady . cool , jgn gelabah . 
okay la , aku chow . bubye 

Wednesday, March 7, 2012

TERSERAH ! !

serious , aku dah ta kisah pe nak jadi . 
aku dah ta larat . aku sorg je yg nk kne pk pasal nie . 
dr hati aku sakit , biar semua sakit . 
penting diri sendiri . bodoh la aku nie pertahankan masing masing . 
last last , nie aku dapat . shiittt ! 

i'm back :)

hye,assalamualaikum. salam satu Malaysia :)
hello, rindu aku ta? hihi. mestilah kan. lama sangat aku ta update blog aku nie. berapa meter sesawang kat sini ada. okay la. malas nak mukaddimah bnyk sangat. 
actually, aku bukan nak sangat layan blog nie. tapi, sejak dua menjak nie ramai pulak yg tnye kenapa aku ta update blog aku. ehh,jgn ingat follower aku ta sampai 15 tade org tny ehh. ada jugak yg rindu kat aku. oleh sebab dah lama ta berceloteh,aku nk la membebel lama sikidd. 
korg taw ta, sebenarnya aku nie stalker. wahh, perasan ! hihi. okayy, aku sangat rajin stalk blog org. aku suka baca kisah kisah dr blog org and then bole dibuat pengajaran :)
hmm. straight to the point. skrg nie, aku betul betul tersepit dalam satu situasi. aku keliru ! konfius ! aku ta reti nak buat pilihan. aku tersepit antara dua kawan baik aku. Ya Allah, sampai bila aku nak jaga hati semua org sedangkan hati aku sendiri ta terjaga. penat la cam nie. penat bila usaha dan semangat aku nie ta dihargai. tapi aku sayangkan semua tuhh. aku sayangkan persahabatan yg ktwg bina dr sem 1 lg. dr kami mula mula masuk. kenapa mesti terjadi lg sem nie. ? sem lepas aku dah pertahankan hbngn kawan antara dua org kawan kelas aku. tp, ta bule. tetap dgn ego dia. aku penat bila sem nie benda tu semua bakal berlaku lagi. aku dah puas merayu dkt dorg utk pertahankan persahabatan nie. tp, pe aku dapat. aku dapat sakit. aku sorg yg rasa sakit tuhh ! 


dear my beloved friends, aku betul betul sayangkan korg. please, hargai aku. 
love u all <3

Monday, December 26, 2011

semester 4 sudaa~ :))

salam semua :)) 
now , i'm already at POLISAS . actually dr selasa minggu lepas lg ada kat sini . but , my lappy tertinggal kat umah . so , bwu ary nie dapat update keberadaan hamba . hihi . rse rndu plakk nak membebel di sini . korg taw , aku rasa cam nk menjerit sekuat hati aku bila dpt taw lappy aku tertinggal . how come barang penting cm tuhh bole aku tinggal . dah separuh jln kott , mmg takkan patah balik la ayh aku tuh . apa ? ingt ayh aku tu driver ke ? huhu . masa tu , senyap je la dgr bebelan ayh tuh . nak menjawab pun ta berani . just satu ayat yg kuar dr mulut aku . " selalunya ayah yg ingat kan" . apa ?? kau pk ayh kau nie apa nk ingt kan kau semua benda . hihi . sengih cam kerang busuk je la aku mmpu . 
so , bila ada peluang balik umah aku pe ag . cam cacing kepanasan , ta saba nak balik . waaa , rindu sama lappy aku . sempena krismas punya perayaan aku pun balik laa . at last , dpt gakk aku peluk lappy aku nie . love u lahh <3 . tamo tinggal kau lg . huhu 


actually , aku bosan lahh skunk nie . nothing to do kot . dpt kamsis , mmg la bersyukur sgt2 . tp kamsis nie satu bilik dua owg . pihak kamsis tentukan plakk tu spe dak bilik . haish , mmg aku suka la kan . beria aku ngn membe baik aku Maya plan nk dok sesama sem nie . at last , hancur berantakan segalanya . tp , nasib baik la dpt roomate yg kenal , sekelas plak tuh . kau nie Fateehah , bersyukur la tu . yer , oke . aku bersyukur . tp , aku jauh dr mereka . jauh dr Maya , Yana , Yuda . mereka jauh dr saya . tp tetap di hati sy :)) #ceh,ayat.


aku blok G , mereka blok I . aku paras 3 , Yana dan Maya paras 0 , Yuda paras 1 . ouh , mengapakah kami diuji sebegini ? huhu . ok , cukup aku nangis masa cuti sem dulu . opss , kantoi . yer , aku menangis . after dpt taw result aku yg kurang memberangsangkan , dpt taw plak aku lain bilik , lain paras , lain blok dgm mereka . sadis . sungguh sadis bg aku . tiga sem aku bersama mereka , ta berpisah kot . aku seperti ta pandai bawak diri tanpa mereka . now , aku bagaikan anak kecil yg baru menjalani kehidupan berdikari . amekaw , fateehah ! dulu tanak belaja berdikari . skunk , kau rasakan . huhu . padan muka aku , kann .


okeh , skrg aku perlu berdikari . tanpa mereka , aku mesti belajar hidup sendiri . u can do it , Fateehah . umur kau dah 19 kott . ta lama ag 20 . hmm , oke . aku pk aku bole . support me yer kengkawan . aku yakin aku bole . hmm , kamsis baru , blok baru , paras baru , bilik baru , roomate baru , jiran baru . so , azam punn mesti kena baru . hihi . caya lahh ! 


penat jugakk menaip . hihi . cukup lah setakat nie dulu . sok lusa aku membebel ag . yelahh , sementara lab report tade , kne manfaatkan masa yg ada . hihi . ok, chow . 


salam :)) 

Sunday, December 18, 2011

s.a.k.i.t.h.a.t.i

yer.sesungguhnya aku sangat sakit hati.sebab apa?of course lahh sbp kamsis aku tuhh.gila menyakitkan hati aku.weyh!i can't accept it kott.gila jauh dari bestfriend aku.maya,yuda,yana.bukan setakat lain bilik.lain blokk kot!serious aku ta bole terima.hmm,mmg la aku dpt roomate yg aku kenal.budak kelas aku.tp,entah lahh.aku serasa ta dapat terima.mmg lahh sem nie aku bole jadi gila.aku benci situasi mcm nie.huh!STOP!

Tuesday, December 13, 2011

dilema perasaan

#ceh , ta bole bla la plakk kan entry aku kali nie . dilema perasaan kot ! lantak lahh .
okehh . aku sedih skunk nie . sangat ! taw kenapa ? of course lahh pasal result aku . 
12/12/11 ~ cam cun je kann tarikh nie . tapi , aku ? penuh kesedihan . mak , ayah . kak nik mntk maaf sebab ta dapat buat yg terbaik kali nie  . huhu . sorry sangat ! seriously ! down sangat kott result tuh . macam ta belajar pun ye . oh , damn ! yer , tetap bersyukur sebab ta kena carry ppe subject . tapi . tu lahh . pointer aku turun . jatuh ! sangat teruk ! sungguh , hakikat yg sukar diterima . 
#ko apa rasa kann . aku yg rasa sowg . 

but , now . aku da bole terima kot . kot ?? hmm , maybe . tape , sem 4 nty ada lagi . aku akan belajar , buang semua tabiat buruk aku . okeh , korbankan masa tido aku gakk . huhu . tape , tape . demi mak ayah . aku sanggup .

tengs kat kwn-2 yg banyak support aku . aku sayang korg lebih lahh . muah ! 

#ok , chow ! 


Friday, December 2, 2011

Maafkan agar Dimaafkan~~

Ah! Kenapa diri ini? Apa yang pernah dibaca dalam al-Quran, hadith dan buku-buku sukar benar dipraktikkan. Benar, membacanya sahaja tidak akan menjadikan kita insan yang lebih baik, sekiranya ilmu tidak dipraktikkan. Apabila cuba dipraktikkan, barulah terasa pedihnya. Ego terhenyak, rasa marah tertekan. Mampukah diri memaafkan ketika berkuasa membalas? Forgive and forget? Wah, jauh sekali! Nak lupakan? Nak memaafkan pun sukar!

 Aku bertemunya sekali lagi setelah sekian lama terpisah. Perpisahan yang disebabkan perselisihan. Secara "basa-basi" memang telah lama kami bermaafan. Tetapi dia dan aku tahu, mendung antara hati kami masih belum reda. Kini setelah hampir lima tahun, suasana sudah berubah. Yang di bawah ke atas, yang di atas meluncur ke bawah.

    "Maaf, bang..."

    Aku tergamam. Aku renung matanya. Agak layu dan keletihan.

    "Oh, tak apa-apa. Kita jumpa lagi nanti," kataku sambil memberikan kad nama. Dia juga memberikan kadnya, dan kami terus terpisah. Sepanjang perjalanan pulang, hatiku resah. Jelas aku masih sukar melupakan. Atau aku masih belum memaafkan?

    Perlahan aku mainkan semula sebuah kaset daripada siri kaset-kaset "pengubat jiwa" koleksi peribadi yang ada di dalam kereta.

    "Orang yang tidak memaafkan akan sentiasa 'diikat' oleh orang yang tidak dimaafkannya. Maafkan, nescaya kau akan terlepas. Kau kan terus bebas dari mengingati kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakannya ke atasmu. Itu sakit. Maafkan, engkau akan sihat, engkau akan bebas!"

    Aku diam. Akur. Rupanya aku masih dibelenggu rasa sakit itu.

    "Mengapa terlalu sukar memaafkan? Ya, engkau ego. Rasa besar diri. Apa punca ego? Engkau tidak merasa kebesaran Allah. Orang yang merasakan kebesaran Allah akan merasakan kekerdilan dirinya."

    Sekali lagi suara dalam kaset itu menusuk hatiku. Aku ego? Ya. Jawab suara hati.

    "Allah lagikan Pengampun. Dosa demi dosa hambaNya, diampunkan segalanya. Bukan sekadar mengampunkan, malah Allah menyayangi pendosa yang bertaubat dari dosanya.

    Kenapa kau rasa "besar"? Kaukah yang berikan dia rezeki? Kaukah yang berikan dia hidayah? Kaukah yang sembuhkan dia dari sakit demamnya? Insaflah, Allah yang berikan dia semuanya. Jika Allah begitu besar jasa kepadanya pun boleh memaafkan, adakah kau layak untuk tidak memaafkan?"


    Sekali lagi aku terhenyak. Oh egonya aku.

    Aku belokkan kereta ke arah lain. Tidak jadi pulang ke rumah. Sengaja memanjangkan masa untuk lebih mendengar suara kaset dan suara hati sendiri.

    "Kau tau tak, aku tak suka orang yang mungkir janji. Kau selalu mungkir janji. Aku tunggu, kau lewat. Kau janji nak bayar, kau culas. Kau kata nak buat, kau tangguh. Kau janji macam-macam, tapi apa pun tak ada. Kau buat macam-macam, tapi apa pun tak ada. Kau buat macam-macam berulang-ulang kali... Kali ini aku terlalu susah, kau buatkan aku begini. Sampai hati kau."

    "Eh, siapa suruh kau percaya! Siapa suruh kau tunggu-tunggu. Biasalah, kau takkan tak tahu perangai aku."

    "Kalau macam ni susahlah aku."

    "Dah tahu susah, jangan kawan dengan aku!"


    Masih terngiang-ngiang dialog antara kami ketika itu. Walaupun dua hari kemudian dia menelefonku meminta maaf, dan aku memaafkannya tetapi sejak itu kami "putus".

    "Cuba bayangkan kasih sayang Allah. Kalau seorang itu berdosa, kemudian bertaubat, kemudian berdosa lagi, namun Allah kasih dan terus sudi mengampunkannya setiap kali dia bertaubat. Sebab itu kata Imam al-Ghazali, seorang hamba yang bertaubat tetapi kembali berdosa, jangan sekali-kali putus asa untuk bertaubat lagi. Mana tahu Izrail mencabut nyawanya ketika dia sedang bertaubat atau sedang dalam perjalanan menuju satu taubat!"

    Aku terdiam. Alasanku tidak memaafkannya ialah dia buat begitu berulang-ulang kali. Ya, sukar memaafkannya. Tapi Allah? Sekali lagi, suara hati menusuk jiwa. Siapa besar?

    Reputasiku hampir pupus dibuatnya. Malah, aku hampir hilang pekerjaan. Terlalu besarkah dosanya padaku?

    "Sekalipun si hamba datang dengan dosa sepenuh langit dan bumi, sebanyak pepasir di pantai, seluas air di lautan, Allah akan mengampunkannya. Sebesar-besar dosa manusia, besar lagi pengampunan Allah. Malah keampunanNya sentiasa mendahului kemurkaanNya.

    Aduh, kecilnya kesalahan manusia sesama manusia, berbanding dosa manusia dengan yang Esa. Apakah alasan kita untuk tidak memaafkan? Sedangkan Allah sudi memaafkan walau sebesar mana pun dosa kita, insan yang hina ini kepadaNya, zat yang Maha Mulia.

    Maafkan dosa sesama kita, agar mudah kira bicara kita di mahkamah keadilanNya. Allah Penyayang, suka kepada orang yang penyayang. Allah Maha Pemaaf, dan suka kepada orang yang suka memaafkan. Maafkanlah agar dimaafkan."

    Tanpa lengah aku mencapai telefon bimbit. Kad namanya kukeluarkan.

    "Helo, Assalamualaikum. Ya, ya, aku ni. Kita jumpa boleh? Tempat? Kau tentukan. Oklah, setengah jam lagi aku sampai," kataku. Tanpa sedari kakiku menekan pedal minyak. Ingin segera kerana ingin segera memaafkan. Agar segera diampunkan

Ya Tuhan... egonya aku selama ini. Menyimpan sifat "ketuhanan" dalam diri yang begitu hina dan kekurangan.


(Karya asal bertajuk Maafkan Agar Dimaafkan - Nota Hati Seorang Lelaki karya Pahrol Mohd. Juoi)


~~pemanis kata~~

kalau dah tipu tu tipu gak , kann

haish , manusia2 . tak sah la kan kalo hidup ta menipu .
terang2 dah ko tipu aku kott . tp , aku nie cam owg bodo . ta sedar . but now , aku dah sedar . penipu tetap penipu , kann . dah la , aku terima . hope ko terima balik pe ko buat kt aku skunk . sekiann .

Thursday, December 1, 2011

sekali teringat daa.. (part 2)

Hello . hye . okeh . aku kat sini na sambung la kann  pasal post aku yg sebelum nie . *ceh,ada plakk part 2 kann . suka hati la . hati tgh panas nie bila teringat kat MINAH tu  . ops ! ada nama ,hanim .
Whatever~~  dulu masa baik , sume ta kisah . kau na amik barang aku , amik la . kau na tiru test aku , tiru la . sikit aku ta heran time tu . tp ta sangka la plak kau  cuma na manfaat kan aku . at last aku taw jugak yg kau tu pilih kwn yg pandai je . mmg bagus la kann dia pilih kwn pandai , dpt share ilmu , masalahnya kau tu ha . ada kau share ngan kwn kau . kedekut kau tu mengalahkan kemasinan taik hidung kau taw ! geram aku . korg taw , ada satu ary tu lecturer ktwg bg la assignment engineering maths . ada bpe soalan ntah . tp banyak la kann . bole dia tiru je aku . masa tu tgh baik , mmg aku bagi je la tiru . pas tu bila dapat markah ada la salah kan . biasa la manusia . ada satu group tu dapat markah lagi high dr ktwg . bole dia persoalkan nape aku ta tiru geng tu . hei , kau tu manusia ke apa . dah la tiru aku ,  ta ucap terima kasih . bole kau kata cam tu . abis , yg kau ta tiru sendiri kenapa ?? haish ! mmg geram aku dibuatnya . tp kegeraman aku nie dtg lepas aku dah ta baik ngn dia lah .
Banyak lagi la . nie belum kes dia tipu aku ngn roommate yg lain . ckp owg susah la , apa la . sekali , amik kaw , MINAH tu anak doctor kot . siap mohon lappy free ag . aku igt lagi dia kata “akak nie owg susah , laptop pun kena minta kat kerajaan” . blah la weyh . susah konon . mkn sehari kalo ta cecah rm10 ta sah .
Hmm ! dah la . tamo la story pasal dia . tekanan plak nty . ag plakk da ta sekelas ngn dia utk dua sem . lega kot . ta hadap muka dia . opss! Lupa la plak . sem depan ada satu kelas aku terpaksa jumpa dia . sensory ! awat la dia p amik sensory . subject lain banyak . p la amik bakery ka , plant product ka . ha tu , post harvest , banyak ag kosong . p la masuk sana . masuk sensory tu pasaipa . adui ! nasib badan sungguh la na .
Okeh la . aku na chow . sekian utk kali nie . hihi 

Wednesday, November 30, 2011

sekali teringat daa..

salam semua~~ sihat ? hope sihat la kann . aku ? ta sihat laa . biasa la cuaca . ta menentu . nie pun tgh hujan . hujan mengejut plakk tue . hmm , actually na ckp pasal budak baik . kenape erk , budak baik selalunya kena buli ? aku yg baik ala kadar nie pun kdg2 kena buli taw ark . gila kesian kann kat aku . 

hmm , ckp pasal kes buli teringat plakk masa sem 1 dulu . masa mula mula aku masuk poli dulu . aku kena buli kot ! tp buli secara diam . aku ta perasan kott aku kena buli . na abis sem 1 bwu aku sedar yg aku nie dibuli oleh MINAH tu . haish ! pk balik , mmg geram laa kann . but now . aku da nak masuk sem 4 , so sapa yg berani buli aku , mai la sini . hehe . 

berbalik semula pd kes buli aku tuu , terjadi masa aku sem 1 . alaa , sem 1 . biasa la kann semua muka baik . muka ta berani buadd jahat . masa tu , aku bole dikategorikan sebagai budak yg baik dan agak pendiam la gak . sbp tu la kott MINAH tu senang je buli aku . 

alkisahnya begini . masa tu dah minggu ke 3 @ 4 laa aku kat situ . ada sowg roomate aku tu , mariah nama dia . dia na chow dah sbp ape ntahh . aku ta ingat la . pas tu aku pk katil dia tu kosong je laa kann nty . rupanya tak . aku balik kelas tu ada sowg gadis menyapa aku . *cehh , bahasa sopan plak!! budak tu la weyh yg buli aku secara diam . HANIM nama dia . amikkaw ! aku sebut nama kau kat sini . masa mula mula kenal biasalah kann . baik . manis je muka dia . dipendekkan cerita aku panggil dia kak hanim sbp faktor umur dia . alaa . tua setahun je kot . menyesal pulak aku panggil dia akak . 

okeylaa . aku start taw yg aku nie kena buli secara senyap masa aku balik cuti umah makcik kwn aku . ta sangka la weyh , roomate aku yg lagi 2 owg tu ta bape suka kot pangai dia . cerita punya cerita , ternyata ! dia buli aku ! bwu aku ingat . 


dia selalu sakit , then aku yg tolong dia beli kann makanan . dia ta bape na pandai maths aku ajar dia . malah , time test dgn kuiz aku bg dia tgok jwpan aku ! yups ! sebijik doe ! aku pk balik aku cam bodoo je bg dia tiru . siap letak atas meje dia kott . mcm2 lagi dia buat kat aku . tp aku mcm dah penat na tulis . so , stop la dulu . aku na chow ! 


#tade niat na burukkan dia , tapi hakikat . aku sangat geram .

sekian~~

whatever !

assalamualaikum~~ salam 1 malaysia . 
hihi 


serabut gak la kann update blog nie . hmm , cm ner la org yg rajin meng'update' tu . aku yg bwu na update sikit pun dah serabut . last last aku biar je lah . penadd . cukup lah aku padam post post aku sebelum nie . 
actually , bila aku baca balik post kat blog aku tuh . aku sendiri rasa meluat . haha . annoying kot ! so , aku amik la keputusan padam semua post aku . tp ta bermakna aku na stop membebel . hihi~ 


okeyh la . stop di sini . chow #okbai